Showing posts with label Majlis. Show all posts
Showing posts with label Majlis. Show all posts

Mutiara SMART Computing

Posted by Tok Ketua | Posted in


Bermula Januari 2010, Mimos Smart Computing Sdn. Bhd. kini dikenali sebagai Mutiara Smart Computing. Ini adalah billboard terbaru untuk Mutiara Smart Computing yang telah dipakai semasa LIMA langkawi 2009. Kami di MDCKL mengucapkan tahniah dan syabas kepada Mutiara Smart Computing atau Smart Pearl atas penjenamaan semula ini. Diharapkan MDCKL dan MSCSB akan dapat bekerjasama dan bertukar kepakaran demi untuk kemajuan bersama. Kerjasama dari segi teknologi dan rekreasi, futsal dan badminton jangan dilupa hehe.. Boling akan menyusul, tungguu..

Untuk melayari website Mutiara Smart Computing, boleh klik disini.

Selamat Bertunang !

Posted by Tok Ketua | Posted in



Kami di Mutiara.Com Sdn. Bhd. HQ Penang dan Branch KL mengucapkan


SELAMAT BERTUNANG

kepada Mohd. Syazani bin Abd. Aziz yang bakal melangsungkan majlis pertunangannya bersama pasangannya pada 12 Disember 2009 di Puncak Alam. Semoga pertunangan tersebut akan lebih mengeratkan hubungan dan seterusnya mengenal hati budi pasangan dengan lebih baik. Jangan gahuh-gaduh ek..

Mintak maaf pada zani sebab tak semua staf dapat hadir sama memeriahkan majlis, takut nanti kitorang datang akan merosakkan majlis lak, tau la budak-budak MDC nie kan, 'sengal' nya tak hingat.. takut kang hang majuk lagi, terus balik rumah hehe..

Dengarnya tempoh pertunangannya tak lama, dah siap pergi kursus kahwin dah, nak langsung nikah bulan Mac nanti, alhamdulillah.. jangan tunggu lama-lama yer.. InsyaAllah time kenduri walimatulurus nanti kami datang naik bas haha..

Birthday Pizza

Posted by Tok Ketua | Posted in



Allah selamatkan kamu ! Allah selamatkan kamu ! Allah selamatkan birthday boy Mutiara, Allah selamatkan kamu. Dah makin bertambah usia 2orang staf MutiaraKL nie, alhamdulillah, hubungan antara staf sentiasa mesra dan erat walaupun dua orang nie selalu takde kat ofis.



InsyaAllah untuk bulan-bulan seterusnya, pihak pengurusan (Aziedy janji) akan cuba untuk mengadakan acara sebegini lagi sekiranya ada kelapangan masa. Acara sebegini sekurang-kurangnya dapat menjadi medan untuk staf-staf berkumpul dan beramah mesra, mengeratkan silaturrahim serta menghilangkan tension semasa bekerja. Untuk acara kali nie, pizza dominos yang dapat dihidangkan kerana sedikit kekangan masa.



Ucapan yang berbahagia encik hamdi mengucapkan selamat kepada staf yang lahir pada bulan oktober juga kepada semua staf yang lain yang telah banyak berkorban untuk Mutiara.com. Diharapkan agar semua staf akan berusaha dengan lebih gigih dan bersemangat agar Mutiara.com akan lebih sukses dimasa hadapan.


Tukang blanjer, encik aziedy..
pas nie jangan segan nak blanjer lagi..


Aku ke yang kena nyanyi lagu selamat ari jadi?


Tak sabar-sabar nampaknya acap, lapa yer..


Sorang tu muka toyer jer pehal?


Ish ish ish.. tak pandang kiri kanan langsung..


Anak aku tak kuar lagi dah makan piza..


Malam tadi MU Liverpool sape menang ek?


Mengintai je keje dorang nie..


Alhamdulillah, kenyangnyer.. TQ azd :)

Kami sangat berterima kasih kepada pihak yang membelanjer pizza nie, lain kali kita pergi KL Tower lak ke yer encik aziedy. Kepada yang diraikan, semoga panjang umur dan terus murah rezeki. Banyak rezeki kerja Mutiara.com nie kan (mengharap bonus 3 bulan hehe).

Jamuan Raya Warehouse

Posted by Tok Ketua | Posted in


Syawal belum meninggalkan kita lagi, bersahut-sahut jemputan makan jamuan raya sekarang nie. Yang berazam untuk menguruskan badan setelah sebulan puasa (bulan puasa naik 10kg, bukan turun), terpaksa postponed kan niat nak diet tu la jawabnya..



Staf Mutiara.com telah dijemput bersama-sama memeriahkan majlis jamuan raya yang dianjurkan oleh pihak Warehouse SMART pada 2 Oktober 2009 selepas waktu solat jumaat di perkarangan Warehouse. Bermacam-macam hidangan telah disediakan termasuklah satay ayam dan daging, lomang rondang, roti jala kari ayam, dan kueh-kueh raya.


Antara staf Mutiara.com yang tidak melepaskan peluang
untuk menjamu selera


 Syahdu amik kali ke berapa tu hasnol? adik sapa la tu..


Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
Sepinggan pun tak jamah lagi yer..


Pinggan Syahdu


Pinggan sape yerk?
padahal baru sudah lepas makan kat food court tadi..


Err..


Bigboss turun menjamah sepotong dua kueh raya
bersama boss warehouse kita, En. Jamsari


Alamak, terlebih suda.. hehe..

Sesungguhnya Mutiara.com sangat berbesar hati kerana pihak Warehouse SMART telah menjemput kami untuk bersama-sama memeriahkan majlis jamuan raya peringkat warehouse itu. Kalau ada lagi, jangan la segan-segan jemput lagi..

Majlis Berbuka Puasa MDCKL

Posted by Tok Ketua | Posted in


Setelah beberapa kali perubahan tarikh, tempat dan senarai kehadiran yang sentiasa dirombak pada saat-saat akhir, kata putus telah diberikan dan akhirnya Mutiara.com telah mengadakan majlis berbuka puasanya pada 26 Ramadhan iaitu bersamaan 16 September 2009 di Restoran Felda Villa, D'Saji Sdn. Bhd., Jalan Semarak, KL.



Chocolate fauntain antara hidangan yang disediakan di Felda Villa selain lebih 80 jenis hidangan lain termasuk kambing perap yang menjadi menu utama dan istimewa, nasi beriyani, kupang masak lada, burung puyuh berempah, BBQ seafood, berbagai laksa, kari kambing masak kawah dan macam-macam lagi hidangan yang hanya dapat digambarkan dengan kata-kata kerana moderator asyik meratah kambing perap sehingga terlupa mengambil gambar-gambar hidangan yang lazat-lazat yang tersedia di Felda Villa.



Sepanjang berbuka puasa, ia banyak disulami dengan gelak dan tawa yang begitu beriya sambil bergurau senda bermesra kerana sudah lama tidak berpeluang untuk bersua muka dan makan semeja beramai-ramai.



Antara yang terawal sampai, ahli baru Mutiara.com, yang telah menyiapkan meja hidangan Mutiara.com dengan sepinggan kambing perap untuk setiap orang kerana meja Mutiara.com kebetulan berada bersebelahan dengan tempat kambing dipanggang.


Inilah pasangan adik-beradik kedua dalam Mutiara.com..
mane satu abang mana satu adik sebenarnya nie..


Sedapnya kambing panggang nie..
Owh yer, kan otak-otak dibungkus dengan daun pisang la..


Tengah berbuka pun sempat buat presentation POC ke? hmm..


Pasangan bahagia yang tiba agak lewat,
walau bagaimanapun kehadiran mereka amat dinantikan..
Satu kepala berapa orang yer En. Hamdi hik hik..


Apakah agaknyer yang syahdu sedang lakukan ya?
Syahdu makan disamping dua bodyguard..
VIP pun tak kena jaga sampai macam nie..


En. Talib bersama isteri tersayang dan anak tercinta
disamping staf MSS yang dijemput bersama.


Majlis berbuka di Felda Villa diiringi muzik gamelan
yang mengasyikkan sebagai halwa telinga.

Antara jemputan berbuka puasa Mutiara.com


Tuan Haji Zaini yang mewakili pihak pengurusan tertinggi SMART
bersama En. Talib dan isteri.



Kakitangan MSS yang turut dijemput hadir bagi memeriah kan majlis.


Ya ya, saya setuju benar dengan cadangan tu haji,
tapi kita kena minta pendapat dari pihak atasan dulu..

Sesi sepatah dua kata dari pihak pengurusan



Tuan Haji Zaini yang mewakili pihak pengurusan SMART dan En. Talib yang mewakili pengurusan Mutiara.com telah memberikan sepatah dua kata dan mengucapkan terima kasih diatas penganjuran majlis berbuka puasa ini serta memohon ribuan ampun dan maaf sempena hari raya aidilfitri yang bakal menjelang disamping menyampaikan salam daripada pihak pengurusan tertinggi yang tidak dapat menyertai majlis pada saat-saat akhir.

Sesi Pemberian Kad Raya dan Bonus Duit Raya


Dimulakan dengan En. Hamdi, aura Bionik nie.. lajunya..


Muka serius je, ceria la sket BDM, kan dapat duit raya tu..


Hmm.. dapat duit raya taknak pandang kamera langsung haha..


Macam ni la sepatutnya orang yang baru dapat duit raya kan :)


Terima kasih pihak pengurusan
kerana menghargai penat lelah kami sepanjang tahun 2009 ini


Giliran tokey otak-otak daun pisang terima duit raya..
senyum kambing jer dia..


Yang terakhir, cik ani selaku ahli baru Mutiara.com..
Cik Ani? hmm..
 Nielah 'kad raya' yang kitorang dapat.. yahoo..

Semua jemputan majlis berbuka sangat berpuas hati dengan perjalanan majlis dan menu serta berasa sangat seronok kerana dapat berkumpul beramai-ramai dan memohon maaf sebelum pulang ke kampung halaman untuk berhari raya. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai.


Majlis Buka Puasa iPremium

Posted by Tok Ketua | Posted in


Mutiara.Com sekali lagi telah dijemput ke majlis berbuka puasa oleh iPremium System pada 14 Sept 2009 di Pearl International Hotel, Jalan Klang Lama.


Syahdu ada buat keje part time rupenyer..
ke nak ngorat awek penyambut tetamu tu haha..


Menu istimewa yang tak berapa istimewa hari tu..
sebab teramatlah liat nya kambing nie..


Antara juadah yang dihidangkan, baru separuh je ni..
Syahdu juga yang menjadi orang pertama..


Alahai staf-staf MutiaraKL, penuh meja dengan juadah


Sedapnya satay nie, tak dapat kat tempat lain nie


Bersama MD iPremium, En. Rahim yang manis dengan senyuman,
ditemani oleh Manager dari Exim Bank

Antara staf MutiaraKL yang hadir termasuklah Hamdi Abd Halim, Mohd Syahdu Mahmud dan Abd Khalim Sapie. Terima kasih diucapkan kepada iPremium kerana telah menjemput Mutiara.Com ke majlis tersebut.