Showing posts with label Rekreasi. Show all posts
Showing posts with label Rekreasi. Show all posts

Futsal MDC vs SMART

Posted by Tok Ketua | Posted in


Gol, balas gol, gol, balas gol, lepas tu kena kena kena dan kena.. ala omak.. kena belasah teruk nampaknya kali nie huhu.. Perlawanan Futsal antara geng MDC dengan team SMART telah diadakan pada 10 Dec 2009 jam 9.00 malam di De Stadium, USJ 19, Subang Jaya. Lebih kurang 14 orang telah datang untuk memeriahkan lagi game kali nie.

Nampaknya team SMART bukan tandingan MDC, kalau nak dinyatakan dalam kata-kata, lihat sahaja skor yang SMART buat, 20-1 macam tu la.. tapi bukan la betul-betul kena 20-1, tu sekadar nak tunjuk camne MDC kena belasah haha.. permulaan game, SMART skor, MDC balas, lepas tu SMART skor, dan lagi.. dan lagi.. asyik bolos saje gawang MDC haha..

Untuk game kali nie, takde gambar yang dapat dimuatkan kerana ada beberapa kisah lucu dan haru untuk dikongsikan. De Stadium nie, terletak di Subang Jaya. Berdekatan dengan Digital Mall Carrefour USJ 19. Tapi tak tau macam mana ada la 2 orang staf MDC nie yang mungkin ikut petunjuk arah GPS agaknya, boleh sampai ke Digital Mall SS13 PJ, haru haru.. berapa jauh la dengan lokasi sebenar.. dah 2 orang lambat, so MDC tak cukup korum. Agak-agak sape la staf tu yer..

Satu lagi kisah, si adik dah sampai, tapi marah-marah sebab si abang tak sampai-sampai lagi, sedangkan baju dengan kasut si adik ada pada si abang. Tak tau macam mana miss communication antara abang adik nie, so si abang dah sampai, camne ntah, si adik taknak main, majuk lak, terus balik. haru tul.. dah kurang sorang pemain MDC, agaknya kerana dia la MDC kena belasah haha..

Walau camne pun, MDC tetap mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dan tahniah diucapkan kepada team SMART kerana telah bermain dengan smart jugak, korang memang power la. InsyaAllah kita repeat lain kali, tapi jangan bawak team yang kuat nie lagi, bawak yang ayam sket la.. hehe..

Shuttlemania v2

Posted by Tok Ketua | Posted in


Gambar kat atas nie tak berkenaan pun, saje jer letak bcoz sharing is caring hehe..

Shuttlemania v1 telah selesai untuk bulan November yang lalu dengan jayanya, ramai staf MDCKL dan SMART turut serta merancakkan demam badminton disini, cuma Aziedy dan Zakwan dari MDCPNG dapat join sama kerana kebetulan dorang mengulat kat KL nie haha..

Shuttlemania v2 telah kembali dan telah diaturkan pada setiap hari selasa dalam bulan Disember dan telah bermula pada 1 Disember semalam tapi untuk minggu pertama v2 nie tak ramai lak turun, maybe sebab masa yang kurang sesuai iaitu dari jam 7.00 hingga 9.00 malam. Bos-bos MDCKL kan banyak komitmen, jadi untuk tidak balik dan terus main badminton adalah sangat mustahil, ada penumpang yang perlu diambil hehe.

Walau macam mana pun, untuk memberi support, turun la jam berapa pun, tak semestinya jam 7.00 tu dah terpacak. Semua pun faham, dan geng SMART sentiasa ada, dorang memang suka main jam 7.00 nie.

Sebenarnya semasa nak tempah dewan, hanya hari dan waktu itu sahaja yang ada, waktu lain dah awal-awal kena book sebab ada satu dewan dalam jajahan MPSJ yang sedang di renovate, so team-team yang selalu main disana terpaksa main di dewan yang lain, jadi, konsep FCFS la menentukan kepenggunaan dewan.

Jadi, untuk bulan Disember nie, team paling cap ayam 'fancy' dari MSS maybe tak dapat join sebab time main jam 9.00 malam pun dia datang jam 10.00 malam, kalau dengan waktu sekarang nie, alamak jam berapa dia nak sampai dari Bukit Beruntung tu hehe.. cuma sekiranya semangat badmintonnya kuat, akan diusahakan juga la kot.. kita tunggu.. kalau takde ijai, tak meriah suasana dewan badminton tu kan kengkawan hehe..

Marilah sama-sama kita meramaikan Dewan Taman Kinrara selasa depan ye kengkawan.

Shuttlemania !

Posted by Tok Ketua | Posted in


 
Perlawanan pertama Shuttlemania antara MutiaraKL dan SMART


dengan bersahaja membuat servis.. ada gaya tak?


gaya jer lebih.. pukul tak kena gak..


photo of the day la nie.. memang poyo..


servis cap kuda ke tu en syu?


dengan kasut McD pun leh smash la..


lajunya servis, tak nampak shuttle..


game point ke?


sape lee kong wei ek? tak famous kot..

Pemberitahuan !

Perlawanan Badminton Sehati Bershuttle dengan geng opis sebelah, SMART akan dianjurkan. Bersiap sedialah sape-sape yang rasa dorang tu jaguh badminton, kampung pun takpe untuk meningkatkan tahap stamina anda.
Bila? - Setiap Rabu (4/11 | 11/11 | 18/11 | 25/11)
Kat mane? - Dewan Serbaguna Taman Kinrara
                   (
Belakang Shell)
Pukul berapa? - 8.45 - 11.00 malam
Jadi, setkan schedule anda dan sediakan 'senjata' anda,
mari kita buktikan sape jaguh sebenar.

Peta ke sana !

Penaja Utama: Karipap panas cafe SMART
Minuman Rasmi: Air Mineral dari sistem air MDCKL

Futsalrama !

Posted by Tok Ketua | Posted in


Gooolll !! Happy bila dapat golkan bola bila main futsal. Tapi kalau ada yang tak dapat nak score pun takpe, kita main sebagai satu pasukan. Ole MutiaraKL FC.

Perlawanan futsal persahabatan antara MutiaraKL FC dengan Felda FC cap ayam (kalah belanje teh 'O' ais) telah diadakan pada 13 Oktober 2009 di Sport Seven, Wangsa Maju jam 9.15 malam. Hanya 6 orang staf MutiaraKL turun padang,  makanya semua pun pancit sebab takde pemain gantian.


streching dasat.. pancit awal gak.. poyo habis..


geng jahat yang bergaya walau tak dapat score sebijik pun..


la la la.. dansing queen..
satu malaysia.. semangat membara..


tendangan hebat dari BDM
tetapi belum mampu untuk menghasilkan gol..


syahdu dengan selamber nyer menari-nari
berdansa lagu cha cha cha..


sape la hero MU tu yer..
erm kepancitan tahap dewa semua nie..


nie la geng Felda FC cap ayam.. control macho jer..



Sesungguhnya kami semua berpuas hati dengan perlawanan ini sebab walau pun pintu gol MutiaraKL banyak kali dibolosi, tetapi MutiaraKL masih boleh berbangga kerana telah menjaringkan gol pendahuluan dan mampu untuk berbalas gol walaupun bermain tanpa pemain gantian, 5 minit kuar masuk jer.. pancit wei..

Selesai game, kami mengeteh di NZ Curry House, sebelah Carrefour Wangsa Maju. Perlawanan seterusnya sedang diaturkan walaupun alignment kaki masing-masing masih tak betul lagi.

Penaja Utama:
| Excel sponsored by BDM

Penaja Bersama:
| Power Root saya pun nak jadi jutawan | Biskut Julie's dari pantry MutiaraKL

Gambar-gambar lain boleh dilihat disini

MutiaraCom Paintball Team

Posted by Tok Ketua | Posted in


Tensen! Tensen! Nak buat ape untuk hilangkan tensen nie? apa lagi, jom kita melepaskan geram dengan menembak musuh. Sape geng baik, sape geng jahat nie?

Pada 14 Jun 2009, 8 orang ahli team paintball MutiaraKL telah memperlihatkan skill menembak dan melarikan diri dalam perlawanan paintball di Dusun Ali King, Gombak dan geng jahat telah memenangi perlawanan tersebut.


Nie la muka geng jahat, sedang mengatur strategi meng'ambush' geng baik


Salah sorang daripada geng baik yang kena tahan dengan geng jahat

Perlawanan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan yang dah ketat dikalangan kakitangan MutiaraKL disamping merehatkan minda setelah berhempas pulas menjalankan tugas demi nusa dan bangsa. Aktiviti-aktiviti sebegini seharusnya diadakan lebih kerap untuk menghilangkan stress semasa bekerja dan bagus untuk kesihatan (walaupun ada yang terpaksa jalan kengkang seminggu).

Klik sini untuk melihat gambar-gambar lain.