Majlis Berbuka Puasa MDCKL

Posted by Tok Ketua | Posted in


Setelah beberapa kali perubahan tarikh, tempat dan senarai kehadiran yang sentiasa dirombak pada saat-saat akhir, kata putus telah diberikan dan akhirnya Mutiara.com telah mengadakan majlis berbuka puasanya pada 26 Ramadhan iaitu bersamaan 16 September 2009 di Restoran Felda Villa, D'Saji Sdn. Bhd., Jalan Semarak, KL.



Chocolate fauntain antara hidangan yang disediakan di Felda Villa selain lebih 80 jenis hidangan lain termasuk kambing perap yang menjadi menu utama dan istimewa, nasi beriyani, kupang masak lada, burung puyuh berempah, BBQ seafood, berbagai laksa, kari kambing masak kawah dan macam-macam lagi hidangan yang hanya dapat digambarkan dengan kata-kata kerana moderator asyik meratah kambing perap sehingga terlupa mengambil gambar-gambar hidangan yang lazat-lazat yang tersedia di Felda Villa.



Sepanjang berbuka puasa, ia banyak disulami dengan gelak dan tawa yang begitu beriya sambil bergurau senda bermesra kerana sudah lama tidak berpeluang untuk bersua muka dan makan semeja beramai-ramai.



Antara yang terawal sampai, ahli baru Mutiara.com, yang telah menyiapkan meja hidangan Mutiara.com dengan sepinggan kambing perap untuk setiap orang kerana meja Mutiara.com kebetulan berada bersebelahan dengan tempat kambing dipanggang.


Inilah pasangan adik-beradik kedua dalam Mutiara.com..
mane satu abang mana satu adik sebenarnya nie..


Sedapnya kambing panggang nie..
Owh yer, kan otak-otak dibungkus dengan daun pisang la..


Tengah berbuka pun sempat buat presentation POC ke? hmm..


Pasangan bahagia yang tiba agak lewat,
walau bagaimanapun kehadiran mereka amat dinantikan..
Satu kepala berapa orang yer En. Hamdi hik hik..


Apakah agaknyer yang syahdu sedang lakukan ya?
Syahdu makan disamping dua bodyguard..
VIP pun tak kena jaga sampai macam nie..


En. Talib bersama isteri tersayang dan anak tercinta
disamping staf MSS yang dijemput bersama.


Majlis berbuka di Felda Villa diiringi muzik gamelan
yang mengasyikkan sebagai halwa telinga.

Antara jemputan berbuka puasa Mutiara.com


Tuan Haji Zaini yang mewakili pihak pengurusan tertinggi SMART
bersama En. Talib dan isteri.



Kakitangan MSS yang turut dijemput hadir bagi memeriah kan majlis.


Ya ya, saya setuju benar dengan cadangan tu haji,
tapi kita kena minta pendapat dari pihak atasan dulu..

Sesi sepatah dua kata dari pihak pengurusan



Tuan Haji Zaini yang mewakili pihak pengurusan SMART dan En. Talib yang mewakili pengurusan Mutiara.com telah memberikan sepatah dua kata dan mengucapkan terima kasih diatas penganjuran majlis berbuka puasa ini serta memohon ribuan ampun dan maaf sempena hari raya aidilfitri yang bakal menjelang disamping menyampaikan salam daripada pihak pengurusan tertinggi yang tidak dapat menyertai majlis pada saat-saat akhir.

Sesi Pemberian Kad Raya dan Bonus Duit Raya


Dimulakan dengan En. Hamdi, aura Bionik nie.. lajunya..


Muka serius je, ceria la sket BDM, kan dapat duit raya tu..


Hmm.. dapat duit raya taknak pandang kamera langsung haha..


Macam ni la sepatutnya orang yang baru dapat duit raya kan :)


Terima kasih pihak pengurusan
kerana menghargai penat lelah kami sepanjang tahun 2009 ini


Giliran tokey otak-otak daun pisang terima duit raya..
senyum kambing jer dia..


Yang terakhir, cik ani selaku ahli baru Mutiara.com..
Cik Ani? hmm..
 Nielah 'kad raya' yang kitorang dapat.. yahoo..

Semua jemputan majlis berbuka sangat berpuas hati dengan perjalanan majlis dan menu serta berasa sangat seronok kerana dapat berkumpul beramai-ramai dan memohon maaf sebelum pulang ke kampung halaman untuk berhari raya. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai.


Comments (3)

  1. kambing perap yang sangat lazat.. tak pandang dah menu lain haha..

  2. dgn lala masak pedas..... mmg Oh La laaaaaaaaaaaaa

    p/s: Cik Syazany.... penerima duit raya paling gamat

  3. belum lagi otak-otak bungkus ngan daun pisang tu, food of the year la hik hik..

    p/s: kalau ada sape2 nak order boleh call tokey otak-otak daun pisang di talian 017-...

Post a Comment