Showing posts with label Lepaking. Show all posts
Showing posts with label Lepaking. Show all posts

Claim oh claim

Posted by Tok Ketua | Posted in



Ape ada dengan tajuk post ini? hmm.. senario-senario seperti diatas adalah sebahagian daripada beberapa insiden yang berlaku dek kerana beberapa masalah teknikal tentang claim sehingga ada yang membawa tabung simpanan untuk hari tua time makan.

Mujur ada tabungan, kalau idak, megi pun tak lepas. Tapi dalam kes diatas nie, ada hikmahnya juga bawak tabung tu kan syahdu, sebab akak gerai tu mintak tukar semua syiling yang syahdu ada, so dapatla cover untuk sehari dua.. Kiranya, lepas ni semua kena la belajar untuk lebih pandai berjimat.. orang kata Bijak Wang gitu hehe..

Selamat Datang 2010 !

Posted by Tok Ketua | Posted in



Selamat tinggal 2009 yang banyak meninggalkan kenangan sejarah suka dan duka sepanjang perjalanan Mutiara.Com ke arah yang lebih gemilang. Macam-macam aktiviti dan task yang telah kita sama-sama jalankan dan semuanya meninggalkan kesan yang mendalam dalam setiap jiwa Mutiara.Com terutamanya MutiaraKL.

Selamat datang diucapkan kepada 2010, dan semoga 2010 akan membawa sejuta harapan dan impian yang masih belum 2009 capai. Dan semoga Mutiara.Com akan lebih sukses pada tahun yang baru nie. Segala yang baik pada 2009 kita bawa ke 2010, dan segala yang memeritkan kita tinggalkan jadikan tauladan.

Selamat bercuti kepada yang menghabiskan cuti tahunannya. Jom sama-sama kita tengok bunga api kat KLCC haha.. adios..

SELAMAT TAHUN BARU 2010

KL Drift

Posted by Tok Ketua | Posted in



Fast and Furious version KL

Seorang remaja bernama Syahdu telah ditahan dalam gerakan bersepadu Ops Sikap ke-20 kerana telah menyertai pesta lumba haram di Lorong Haji Taib. Kereta nya yang berwarna hitam belang merah, berlampu merah dibawah kereta nya telah disita untuk siasatan lanjut kerana modifikasi terlampau.

Hahaha.. ya.. syahdu sekali lagi muncul di TV, dalam slot Roda-roda KL pada hari selasa yang lalu pada jam 9.00 malam, tapi kali nie keretanya saja yang muncul kerana tuannya dalam lokap lagi haha.. Memang dasat sungguh Kancil 660s Turba tu.. bunyi pun dasat sangat.. dengan gaya memotong ala-ala Fast and Furious atau KL Drift gitu hehe.. akan ada lagi kemunculannya lepas nie dalam Roda-roda KL, kita sama-sama nantikan..

p/s: Video diatas telah dicapture direct dari depan tv menggunakan henset dengan kamera kapasiti 2MP, jadi kualiti nya harap dapat dimaafkan.

Borak Kosong

Posted by Tok Ketua | Posted in


Agak-agaknya la ape yang dorang tengah sembangkan yer? kita beri peluang kepada semua untuk meneka atau sekurangnya beri idea bernas untuk situasi yang amat menarik ini.


Dialog yang paling menarik akan mendapat saguhati
tajaan Kedai Pak Abu cawangan Jalan Klang Lama..

Ofis Mutiara.Com 2020

Posted by Tok Ketua | Posted in


Ingin terasa seperti dirumah walaupun sedang bekerja? Suasana kerja yang amat memberangsangkan dan sentiasa relax. Adakah begini rupa ofis Mutiara.Com pada masa akan datang? Mesti kita teringin nak berada  dalam ofis yang macam nie kan.


Camne agak-agaknya kalau meeting sambil baring-baring camnie kan..
Banyak tak idea leh kuar?


Call client pun best kalau camnie..


Terasa bagai di spa gamaknya.. kalau lah..


Tengoklah LCD skrin dorang, nak melintang, nak menegak..


Geng penang suka nie hehe..


Penat balik dari buat delivery, layan membuta jap..


Macam Old Town lak haha.. Expresso satu..


Makan pun free, ish mana nak dapat camnie..


Senang sket nak turun gi makan kat cafe bawah camnie,
takyah turun tangga..

Walau camne pun kita hanya mampu untuk melihat dan mengimpikan keadaan ini akan berlaku di Mutiara.Com kan, sekurangnya angan-angan nak berada dalam suasana santai begini tetap ada haha..

Nak tau bape gaji dorang? eh dorang nie sape? yeah.. nie la suasana ofis HQ Google.

Gaji dorang USD 356,400.61 (RM 1,204,099) setahun.
Agak-agak ada kosong tak? hehe..

Macam-macam Oktober

Posted by Tok Ketua | Posted in


Tragedi Oktober, macam-macam aktiviti berlaku bulan oktober lalu. Antara shot-shot menarik untuk bulan oktober. Yang nie baru balik dari solat jumaat, naik estima encik Jamsari tu..


Yang nie lak nak gi solat jumaat, dorang pakai baju ATI, 3 stooges heh..
tapi nampak smart lak pakai baju tu ramai-ramai kan..


Jamuan raya pihak Engineering dan SMART kat tingkat 3
3 orang jer wakil Mutiara.com.. Rezeki jangan ditolak tul tak..


Happy jer syahdu nie, ada pape ke syahdu?
Kat belakang tu nampak BD tengah makan pun sibuk lagi..


Pasangan adik-beradik kedua Mutiara.com sedang bertungkus lumus menolak troli RMA return ke GITN.. Bagus la adik-beradik nie.. KPI naik nie..


Beginilah keadaan XTrail encik gaffor yang disumbatkan dengan PC baru yang nak dibawa ke Penang.. Tak jadi sumbat bila encik gaffor tengok.. haru haru.. kena masuk kat kereta aziedy sikit..


Zakwan sedang memperkenalkan bos baru HR, Encik Shahrir Nazim yang berasal dari Penang yang pertama kali menjenguk ofis KL. Selamat datang kami di MutiaraKL ucapkan. Agak-agak nak mintak pantry MutiaraKL penuh leh tak ek? hehe..


Dan, akhirnya. Picture of the month. Sape tu yer? haa.. trivia nie..
sape dapat teka, kita blanjer teh 'O' ais bayar sendirik.. hehe..

Biskut Lemau..

Posted by Tok Ketua | Posted in


Balik kampung ooo balik kampung.. dikala semua orang sudah berada di kampung halaman bersama sanak dan saudara, beberapa staf MutiaraKL masih berada di ofis menanti detik jam 5.30 petang untuk bercuti hari raya aidilfitri 2009.
 Antara aksi-aksi sedang kebosanan.


hamdi tengah layan lagu raya tu..
duhai bonda duhai ayahnda..


lembik jer mamat nie.. taula puasa..
layan facebook ke?


buat-buat serius lak mamat sorang nie..


carik resepi lemang rondang nie..



Syawal dinanti penuh bererti, Ramadhan meninggalkan kita, amat dirindui, apakah mungkin masih berkesempatan bertemu Ramadhan yang akan datang, hanya Dia yang mengetahui. Beginilah suasasana sebelum cuti raya tahun 2009. Adakah begini juga keadaannya tahun 2010 nanti?

Wajah-wajah Ceria !

Posted by Tok Ketua | Posted in



Hasnol Zakaria yang sentiasa ceria dan tersenyum manja. Walaupun selalu kena buat kerja terkejar-kejar tapi tetap masih boleh tersenyum, itulah semangat yang dibawa Hasnol dan staf MutiaraKL. Kami sentiasa ceria sama ada di ofis atau kat mana saja kami berada.
Hasnol: "Mak kata, senyum itu sedekah, jadi senyum-senyumlah selalu"

Khusyuk dan tawadu'

Posted by Tok Ketua | Posted in

Atas sebab-sebab tertentu, gambar ini yang asal telah diedit atas permintaan pihak berwajib agar tidak berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini.
Sempena hari baik, bulan baik ini marilah kita bersama-sama memupuk nilai murni dan semangat 1Malaysia (walau tiada kaitan dengan gambar ini) dan pihak Tok Ketua mengucapkan selamat meneruskan ibadah puasa di bulan Ramadhan dengan kesucian dan tawadu' (walau ramai yang rajin tido kat opis) hahaha..