Showing posts with label Aktiviti Luar. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Luar. Show all posts

Driver baru MDCKL

Posted by Tok Ketua | Posted in



Posto! Posto! eh ni bukan van poslaju, tapi nie van MSCSB, sape pulak drebar dia tu ek? macam pernah ku lihat.. tapi di mana ya.. haa.. yang drift kat Roda-roda KL tu kan.. yang kena tangkap dengan pak polisi tu, macam pesalah tegar pulak gamaknya.. haha.. tapi dengar kata ada orang yang baik hati jamin dia, kalau tak, dia tak boleh nak jalankan tugas sebagai drebar baru MDCKL la kan..



MDCKL dah ada van? senang la nak hantar barang lepas nie kan.. yer betul.. kami merasakan yang MDCKL perlukan sebuah pengangkutan kerana kekerapan untuk menghantar barang adalah amat tinggi, jadi dengan adanya van atau pick-up, ia akan lebih memudahkan proses delivery. Tapi adakah mungkin? Atau pelaburan untuk membina sebuah perisian lebih penting dari proses penghantaran produk yang telah menyumbangkan revenue yang tinggi sehinggan berjuta ringgit kepada MDCKL? lu pikir la sendiri drebar.. haha..

Gambar ini diambil semasa delivery terbaru produk ATI ke GITN pada 7 Dis 2009. Oleh kerana syahdu telah menjadi seorang selebriti yang terkenal di MDCKL kerana telah masuk dalam rancangan Roda-roda KL sebagai pelumba haram, maka van nie dia yang kena bawak la ape lagi haha..

Jangan nanti kalau ditakdirkan MDCKL ada van atau pick-up, syahdu bawak balik nak gi lumba haram dah la yer hahaha..

..dan macam mana pun persoalan yang selalu bermain dibenak fikiran, kerja tetap kena kerja yeop.. anak bini nak kena kasi makan.. susu anak kena beli.. lampin, takkan nak mintak hasnol tolong belikan kot.. eh ape kena mengena hasnol dalam nie ek.. haru haru..

Cyberview Technopreneur

Posted by Tok Ketua | Posted in



Mutiara.Com telah membuat site visit ke Cyberview SME Technopreneur Office untuk melihat ruangan pejabat yang Mutiara.Com ingin sewa untuk mendapatkan status MSC. Kami telah pergi bersama dengan beberapa staf SMART iaitu Hj. Zul dan dari Finance Department pada 27 Oktober jam 3.00 petang.



Keluasan ruangan pejabat tersebut lebih kurang 800 kaki persegi. Antara kemudahan yang terdapat di area tersebut termasuklah perpustakaan mini, Gimnasium, kemudahan internet (hanya di cafe) dan perkhidmatan fotokopi. Kelengkapan pejabat tersebut perlu disediakan oleh penyewa sendiri termasuk aircond dan cabling.


mari bersama-sama melihat kawasan..


ya.. sewa untuk pejabat tersebut.. RM2020..


eh camne mamat sorang nie ada kat sini lak nie..


intai orang sebelah..


bersama wakil Cyberview Sdn. Bhd.

Lawatan yang singkat tapi sangat baik. Terima kasih kepada pihak Cyberview Sdn. Bhd. yang terpaksa melayan kerenah kami semasa membuat lawatan. Lain kali leh banjer minum ek..

WebTV Yayasan Restu

Posted by Tok Ketua | Posted in



WebTV? Cite pe dalam TV tu? box-office ada tak? Camne nak tengok ek? Ya WebTV, projek terbaru yang ingin dibangunkan oleh Yayasan Restu untuk ceramah dan program anjurannya yang diadakan di Auditorium Utama di Shah Alam.



Mutiara.com telah dipertanggungjawabkan untuk menata rangkaian untuk testing session projek WebTV oleh team MSS untuk Yayasan Restu. Ia telah diadakan pada 20 Oktober 2009 (Selasa) jam 11.00 pagi dan seterusnya dijalinkan bersama program Jamuan Raya Yayasan Restu inisiatif YBhg Datuk Abdul Latif Mirasa selaku Lembaga Pengarah Yayasan Restu juga Mutiara.com Sdn. Bhd.



Satu perbincangan antara team dari Mutiara.com dan MSS dengan pihak Yayasan Restu yang diwakili oleh Encik Taufik telah diadakan pada 19 Oktober 2009 di Pejabat Yayasan Restu pada jam 2.00 petang. Ia berkisar mengenai kontrak penyelenggaraan PC dan network serta perbincangan mengenai setup WebTV untuk program yang akan berlangsung pada 20 Oktober 2009.



Sebelum perbincangan bermula, lepak sat..



Selesai mendapat kata putus dari perbincangan, Cik Zarina yang menjaga bahagian Lawatan dan Pameran telah membawa team ke Auditorium Utama untuk melihat keadaan di sana dan membincangkan bagaimana layout untuk projek WebTV.


ape agaknya yang dorang nie tengok yer? hmm..


sampai gitu sekali nak check connection..


tengah check router sebab connection tak stabil..


switch kat tingkat 1..



Oleh kerana connection di Auditorium Utama Yayasan Restu tidak berapa baik jika menggunakan AP yang sedia ada, maka team membuat keputusan untuk membuat direct cabling work untuk server WebTV supaya proses broadcast dapat dijalankan tanpa gangguan. Team datang semula pada sebelah malam membuat kerja lebih masa untuk cabling work.



sambil menunggu team MSS..
sekali tak datang lak..


puas syahdu call.. wani oh wani..



Walaupun team MSS tidak dapat hadir malam tu, kami meneruskan kerja cabling work supaya keesokkan harinya proses broadcast lebih stabil. Kami tarik cable ke Auditorium dan pasang satu AP di sana, hasilnya coverage agak baik dan memuaskan.


du, nak tampal ngan ape cable nie?


cik ani, tolong hulurkan stiker digicampus tu yer..


sonoknya wat cabling work kan..


tu dia.. inisiatif ad-hoc..


alamak cik ani, stiker dah abis la..


ha dah dapat cik ani..
lepas nie gi mintak kat gadis digi gi yer..


hidup memang ada stress, tapi kena cool beb..

Alkisahnya, pada hari kejadian, team MSS lewat sedikit kerana kesesakan lalulintas, dan testing untuk broadcast dapat dijalankan akhirnya dengan jayanya walau pun pada mulanya ada masalah setting. Broadcast telah berjaya dipaparkan menggunakan media player dan agak lancar prestasi broadcastnya.

Walau bagaimanapun, dalam testing period, hanya dapat broadcast WebTV dalam intranet saja, server untuk broadcast ke internet masih belum sedia tetapi ia perkembangan yang baik.

Gambar-gambar lain sebelum dan semasa boleh dilihat disini

Mari belajar membaling bola..

Posted by Tok Ketua | Posted in


Strike !! Aku dapat turkey.. yahoo !! Seronoknya main bowling, tak kisah la kalau masuk longkang ke atau sampai terjatuh atas lane ke atau bola jatuh ke belakang ke, janji happy dan enjoy.


hebatnya..
bola bowling boleh sepak macam takraw yer hasnol..


yahoo !! dah 10x bola aku masuk dalam longkang..


woit.. stoking sape bau masyem nie.. ish ish..

Gambar-gambar lain boleh lihat disini.

| Lokasi: IOI Mall, Puchong
| Scorer: Sape lagi kalau bukan hamdi..

Special Delivery Service

Posted by Tok Ketua | Posted in


Mutiara.Com telah membuat penghantaran router AR750S ke GITN pada 9 September 2009 iaitu sebanyak 504 unit (lebih kurang 87 kotak yang mana setiap kotak beratnya 30kg).

Antara kakitangan yang terlibat (nampak keletihan tapi masih sempat senyum) dalam proses penghantaran ialah Hasnol Zakaria (sempat lagi membuta), Abd Khalim Sapie (cameraman), dan seorang ahli baru Mutiara.Com, Syazani Abd Aziz. Kami telah membuat penghantaran dengan begitu jayanya dan hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam walaupun kuantiti penghantaran kali ini agak banyak dari biasa.


Dapat dilihat dalam gambar,
lif penuh dengan router walaupun sebenarnya lif nie besar.


Kami terpaksa bersesak-sesak sebab lif dah penuh, nasib baik masih boleh bergerak, tak overload. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan dalam bulan ramadhan nie.

Walau bagaimanapun, barang dihantar tanpa sebarang masalah kepada En. Hamdei dan kepada En. Mozinan, GITN TM Anexxe 2.