MutiaraCom Paintball Team

Posted by Tok Ketua | Posted in


Tensen! Tensen! Nak buat ape untuk hilangkan tensen nie? apa lagi, jom kita melepaskan geram dengan menembak musuh. Sape geng baik, sape geng jahat nie?

Pada 14 Jun 2009, 8 orang ahli team paintball MutiaraKL telah memperlihatkan skill menembak dan melarikan diri dalam perlawanan paintball di Dusun Ali King, Gombak dan geng jahat telah memenangi perlawanan tersebut.


Nie la muka geng jahat, sedang mengatur strategi meng'ambush' geng baik


Salah sorang daripada geng baik yang kena tahan dengan geng jahat

Perlawanan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan yang dah ketat dikalangan kakitangan MutiaraKL disamping merehatkan minda setelah berhempas pulas menjalankan tugas demi nusa dan bangsa. Aktiviti-aktiviti sebegini seharusnya diadakan lebih kerap untuk menghilangkan stress semasa bekerja dan bagus untuk kesihatan (walaupun ada yang terpaksa jalan kengkang seminggu).

Klik sini untuk melihat gambar-gambar lain.