Luncheon at Al-Diafah

Posted by Tok Ketua | Posted in


Pada bulan Julai yang lalu, beberapa Pensyarah dan pegawai dari Universiti Kazakhstan telah hadir ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sesi latihan bersama beberapa institusi di Malaysia yang berasaskan Information and Communication Technology (ICT). Antara institusi tersebut termasuk Mutiara.Com Sdn. Bhd., MSC, iPerintis dan Petronas, Alami dan iPremium Systems.

Setelah selesai sesi bersama Mutiara.Com, pihak Mutiara.Com telah membawa delegasi tersebut menjamu selera di sebuah restoran Arab yang terkenal iaitu Restoran Al-Diafah yang terletak di Sri Petaling.

Antara perhiasan bercirikan arab yang terdapat direstoran itu.


Delegasi pensyarah dan pegawai Universiti Kazakhstan yang sedang menantikan hidangan.


En. Hamdi sedang memberikan penerangan tentang ciri-ciri hebat
Blackberry Storm barunya.


Kenapa kelihatan staf Mutiara.Com yang lebih ramai ye? hmm..


Antara salah satu hidangan yang terdapat di restoran tersebut, 
Boneless Chicken BBQ.


Suasana persekitaran Al-Diafah dengan perhiasan ala timur tengah dan penuh dengan mereka yang menggemari makanan arab.

Mereka sangat berbesar hati dan amat berterima kasih kepada pihak Mutiara.Com kerana telah membawa rombongan mereka ke restoran tersebut dan mereka telah menikmati hidangan tengahari disana dengan hati yang gembira.