Showing posts with label Kursus. Show all posts
Showing posts with label Kursus. Show all posts

ATI Product Knowledge Training

Posted by Tok Ketua | Posted in


14 Jan 2010 - Syahdu dan Khalim telah menghadiri ATI Product Knowledge di ofis ATI, Plaza Pantai, KL dari jam 10.00 pagi - 5.30 petang. Antara modul training ini termasuklah teknologi terbaru produk dari ATI seperti Media Converter, WLAN solution (Blanket Technology) yang boleh menggabungkan liputan wayarles daripada beberapa AP dan boleh dikawal hanya menggunakan satu SSID sahaja. Teknologi WLAN ini dapat meluaskan liputan wayarles dengan lebih baik. Encik Paul, Manager ATI Malaysia juga telah memperlihatkan beberapa lagi rangkaian produk baru yang ATI boleh tawarkan.


Eugene, perundingcara ATI yang sangat mesra

Selain itu, dalam training ini, ATI memberikan latihan hands-on kepada beberapa produk menggunakan beberapa teknologi yang telah dikenali ramai dalam industri. hands-on telah disampaikan oleh Encik Eugene, dari ATI yang sememangnya pakar dalam bidangnya dan cukup sabar melayan kerenah dan ketidakmahiran kami semua.


Konsultan kepada projek Rangkaian di Penjara-penjara Malaysia
Ir. Abdul Wahid Suito


Dah pecah kepala, lapar lak.. ape lagi.. Fish & Co. Bangsar Village


Sambil menunggu makanan..


Mana ikan sambal aku ni, tak sampai-sampai lagi..


Haa tu dia, tangkapan paling besar untuk hari ni..
catch of the day.. syahdu punyer..


Soloman dalam kuali haha.. kenyang gak la..

Kesimpulannya, latihan-latihan sebegini akan menjadi platform untuk kerjasama yang telah dijalinkan dengan baik antara ATI dan reseller atau partner dan memberikan partner kemahiran dan pengetahuan yang lebih mendalam terhadap produk-produk dari ATI dan bagaimana untuk mengaplikasikannya dalam memberikan solution kepada pelanggan-pelanggan partner masing-masing. Terima kasih kepada ATI..

ATI Certified Training

Posted by Tok Ketua | Posted in


Dua orang kakitangan MutiaraCom KL telah menghadiri Kursus CAP dan CAI oleh ATI bermula dari 3 - 7 Ogos 2009 di Hotel Cititel, Midvalley. Kursus ini mendedahkan tentang produk-produk ATI dan pengetahuan tentang asas rangkaian dan produk dari ATI terutamanya Router dan Switch.

"switchport mode trunk.. eh betul ke aku configure nie?"


Mr. Poh yang baik hati, sentiasa tenang menghadapi kerenah kami


Sesi membuncitkan perut haha..


Hari terakhir, mengabadikan kenangan bersama peserta dan trainer

Di akhir setiap kursus dijalankan ujian untuk pengesahan sijil kelayakan konfigurasi produk daripada ATI iaitu CAP dan CAI.