ATI Product Knowledge Training

Posted by Tok Ketua | Posted in


14 Jan 2010 - Syahdu dan Khalim telah menghadiri ATI Product Knowledge di ofis ATI, Plaza Pantai, KL dari jam 10.00 pagi - 5.30 petang. Antara modul training ini termasuklah teknologi terbaru produk dari ATI seperti Media Converter, WLAN solution (Blanket Technology) yang boleh menggabungkan liputan wayarles daripada beberapa AP dan boleh dikawal hanya menggunakan satu SSID sahaja. Teknologi WLAN ini dapat meluaskan liputan wayarles dengan lebih baik. Encik Paul, Manager ATI Malaysia juga telah memperlihatkan beberapa lagi rangkaian produk baru yang ATI boleh tawarkan.


Eugene, perundingcara ATI yang sangat mesra

Selain itu, dalam training ini, ATI memberikan latihan hands-on kepada beberapa produk menggunakan beberapa teknologi yang telah dikenali ramai dalam industri. hands-on telah disampaikan oleh Encik Eugene, dari ATI yang sememangnya pakar dalam bidangnya dan cukup sabar melayan kerenah dan ketidakmahiran kami semua.


Konsultan kepada projek Rangkaian di Penjara-penjara Malaysia
Ir. Abdul Wahid Suito


Dah pecah kepala, lapar lak.. ape lagi.. Fish & Co. Bangsar Village


Sambil menunggu makanan..


Mana ikan sambal aku ni, tak sampai-sampai lagi..


Haa tu dia, tangkapan paling besar untuk hari ni..
catch of the day.. syahdu punyer..


Soloman dalam kuali haha.. kenyang gak la..

Kesimpulannya, latihan-latihan sebegini akan menjadi platform untuk kerjasama yang telah dijalinkan dengan baik antara ATI dan reseller atau partner dan memberikan partner kemahiran dan pengetahuan yang lebih mendalam terhadap produk-produk dari ATI dan bagaimana untuk mengaplikasikannya dalam memberikan solution kepada pelanggan-pelanggan partner masing-masing. Terima kasih kepada ATI..

Mutiara SMART Computing

Posted by Tok Ketua | Posted in


Bermula Januari 2010, Mimos Smart Computing Sdn. Bhd. kini dikenali sebagai Mutiara Smart Computing. Ini adalah billboard terbaru untuk Mutiara Smart Computing yang telah dipakai semasa LIMA langkawi 2009. Kami di MDCKL mengucapkan tahniah dan syabas kepada Mutiara Smart Computing atau Smart Pearl atas penjenamaan semula ini. Diharapkan MDCKL dan MSCSB akan dapat bekerjasama dan bertukar kepakaran demi untuk kemajuan bersama. Kerjasama dari segi teknologi dan rekreasi, futsal dan badminton jangan dilupa hehe.. Boling akan menyusul, tungguu..

Untuk melayari website Mutiara Smart Computing, boleh klik disini.

Welcome to the club

Posted by Tok Ketua | Posted in


Selamat datang dan selamat bertugas kami di MDCKL ucapkan kepada Cik Badairah atau panggilan manja barunya Bad hehe.. Bad atau ira memulakan tugas pertamanya di MDCKL bermula pada 12 Januari 2010 yang lalu iaitu pada hari Selasa dan tugasan pertamanya adalah mengemaskan kertas-kertas atas meja yasmin dan dia telah menyelesaikan tugasan pertamanya dengan amat cemerlang sekali.

Ingatkan hari kedua dia dah serik nak datang keje haha.. tapi kepada ira, tahankan jerla yer keje ngan MDCKL nie, erm kadang sibuk tu sibuk betul, kadang takde keje, wat-wat macam ada keje yer haha.. jangan tensen-tensen tau.. lagi satu, ofis MDCKL nie memang sentiasa tenang pagi-pagi yer.. jangan heran sangat.. kami nie banyak komitmen kat luar..

Perasan tak bantal kat kerusi tu, haa.. tu takleh tinggal.. sanggup bawak dari tempat lama bantal busyuk dia tu.. takleh berenggang tu.. hihi.. tengok la muka dia tu, senyum jer.. hik hik.. 

Walau camne pun, tahniah sekali lagi..

Claim oh claim

Posted by Tok Ketua | Posted in



Ape ada dengan tajuk post ini? hmm.. senario-senario seperti diatas adalah sebahagian daripada beberapa insiden yang berlaku dek kerana beberapa masalah teknikal tentang claim sehingga ada yang membawa tabung simpanan untuk hari tua time makan.

Mujur ada tabungan, kalau idak, megi pun tak lepas. Tapi dalam kes diatas nie, ada hikmahnya juga bawak tabung tu kan syahdu, sebab akak gerai tu mintak tukar semua syiling yang syahdu ada, so dapatla cover untuk sehari dua.. Kiranya, lepas ni semua kena la belajar untuk lebih pandai berjimat.. orang kata Bijak Wang gitu hehe..

New Baby Born - Arissa Saffiyah

Posted by Tok Ketua | Posted in


Tahniah kami di MDCKL ucapkan kepada pasangan Yasmin dan suami tercinta kerana telah dikurniakan seorang baby perempuan yang sangat comel yang telah lahir pada 18 Disember 2009 jam 10.30 pagi di Prince Court Medical Centre, Jalan Bukit Bintang.

Baby yang comel nie dinamakan Arissa Saffiyah. Memang kena dengan namanya. Pandai mak ayah dia carikan nama untuk dia hehe. InsyaAllah team MDC akan turun melawat nanti.

Semoga dengan kehadiran cahaya mata yang telah dinanti-nantikan ini akan lebih mengeratkan kasih sayang dan seterusnya membawa rahmat dan pintu rezeki kepada keluarga Yasmin. Amiinnnn..

Selamat Datang 2010 !

Posted by Tok Ketua | Posted in



Selamat tinggal 2009 yang banyak meninggalkan kenangan sejarah suka dan duka sepanjang perjalanan Mutiara.Com ke arah yang lebih gemilang. Macam-macam aktiviti dan task yang telah kita sama-sama jalankan dan semuanya meninggalkan kesan yang mendalam dalam setiap jiwa Mutiara.Com terutamanya MutiaraKL.

Selamat datang diucapkan kepada 2010, dan semoga 2010 akan membawa sejuta harapan dan impian yang masih belum 2009 capai. Dan semoga Mutiara.Com akan lebih sukses pada tahun yang baru nie. Segala yang baik pada 2009 kita bawa ke 2010, dan segala yang memeritkan kita tinggalkan jadikan tauladan.

Selamat bercuti kepada yang menghabiskan cuti tahunannya. Jom sama-sama kita tengok bunga api kat KLCC haha.. adios..

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Selamat Bertunang !

Posted by Tok Ketua | Posted in



Kami di Mutiara.Com Sdn. Bhd. HQ Penang dan Branch KL mengucapkan


SELAMAT BERTUNANG

kepada Mohd. Syazani bin Abd. Aziz yang bakal melangsungkan majlis pertunangannya bersama pasangannya pada 12 Disember 2009 di Puncak Alam. Semoga pertunangan tersebut akan lebih mengeratkan hubungan dan seterusnya mengenal hati budi pasangan dengan lebih baik. Jangan gahuh-gaduh ek..

Mintak maaf pada zani sebab tak semua staf dapat hadir sama memeriahkan majlis, takut nanti kitorang datang akan merosakkan majlis lak, tau la budak-budak MDC nie kan, 'sengal' nya tak hingat.. takut kang hang majuk lagi, terus balik rumah hehe..

Dengarnya tempoh pertunangannya tak lama, dah siap pergi kursus kahwin dah, nak langsung nikah bulan Mac nanti, alhamdulillah.. jangan tunggu lama-lama yer.. InsyaAllah time kenduri walimatulurus nanti kami datang naik bas haha..

Futsal MDC vs SMART

Posted by Tok Ketua | Posted in


Gol, balas gol, gol, balas gol, lepas tu kena kena kena dan kena.. ala omak.. kena belasah teruk nampaknya kali nie huhu.. Perlawanan Futsal antara geng MDC dengan team SMART telah diadakan pada 10 Dec 2009 jam 9.00 malam di De Stadium, USJ 19, Subang Jaya. Lebih kurang 14 orang telah datang untuk memeriahkan lagi game kali nie.

Nampaknya team SMART bukan tandingan MDC, kalau nak dinyatakan dalam kata-kata, lihat sahaja skor yang SMART buat, 20-1 macam tu la.. tapi bukan la betul-betul kena 20-1, tu sekadar nak tunjuk camne MDC kena belasah haha.. permulaan game, SMART skor, MDC balas, lepas tu SMART skor, dan lagi.. dan lagi.. asyik bolos saje gawang MDC haha..

Untuk game kali nie, takde gambar yang dapat dimuatkan kerana ada beberapa kisah lucu dan haru untuk dikongsikan. De Stadium nie, terletak di Subang Jaya. Berdekatan dengan Digital Mall Carrefour USJ 19. Tapi tak tau macam mana ada la 2 orang staf MDC nie yang mungkin ikut petunjuk arah GPS agaknya, boleh sampai ke Digital Mall SS13 PJ, haru haru.. berapa jauh la dengan lokasi sebenar.. dah 2 orang lambat, so MDC tak cukup korum. Agak-agak sape la staf tu yer..

Satu lagi kisah, si adik dah sampai, tapi marah-marah sebab si abang tak sampai-sampai lagi, sedangkan baju dengan kasut si adik ada pada si abang. Tak tau macam mana miss communication antara abang adik nie, so si abang dah sampai, camne ntah, si adik taknak main, majuk lak, terus balik. haru tul.. dah kurang sorang pemain MDC, agaknya kerana dia la MDC kena belasah haha..

Walau camne pun, MDC tetap mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dan tahniah diucapkan kepada team SMART kerana telah bermain dengan smart jugak, korang memang power la. InsyaAllah kita repeat lain kali, tapi jangan bawak team yang kuat nie lagi, bawak yang ayam sket la.. hehe..

KL Drift

Posted by Tok Ketua | Posted in



Fast and Furious version KL

Seorang remaja bernama Syahdu telah ditahan dalam gerakan bersepadu Ops Sikap ke-20 kerana telah menyertai pesta lumba haram di Lorong Haji Taib. Kereta nya yang berwarna hitam belang merah, berlampu merah dibawah kereta nya telah disita untuk siasatan lanjut kerana modifikasi terlampau.

Hahaha.. ya.. syahdu sekali lagi muncul di TV, dalam slot Roda-roda KL pada hari selasa yang lalu pada jam 9.00 malam, tapi kali nie keretanya saja yang muncul kerana tuannya dalam lokap lagi haha.. Memang dasat sungguh Kancil 660s Turba tu.. bunyi pun dasat sangat.. dengan gaya memotong ala-ala Fast and Furious atau KL Drift gitu hehe.. akan ada lagi kemunculannya lepas nie dalam Roda-roda KL, kita sama-sama nantikan..

p/s: Video diatas telah dicapture direct dari depan tv menggunakan henset dengan kamera kapasiti 2MP, jadi kualiti nya harap dapat dimaafkan.

Borak Kosong

Posted by Tok Ketua | Posted in


Agak-agaknya la ape yang dorang tengah sembangkan yer? kita beri peluang kepada semua untuk meneka atau sekurangnya beri idea bernas untuk situasi yang amat menarik ini.


Dialog yang paling menarik akan mendapat saguhati
tajaan Kedai Pak Abu cawangan Jalan Klang Lama..