WebTV Yayasan Restu

Posted by Tok Ketua | Posted in



WebTV? Cite pe dalam TV tu? box-office ada tak? Camne nak tengok ek? Ya WebTV, projek terbaru yang ingin dibangunkan oleh Yayasan Restu untuk ceramah dan program anjurannya yang diadakan di Auditorium Utama di Shah Alam.



Mutiara.com telah dipertanggungjawabkan untuk menata rangkaian untuk testing session projek WebTV oleh team MSS untuk Yayasan Restu. Ia telah diadakan pada 20 Oktober 2009 (Selasa) jam 11.00 pagi dan seterusnya dijalinkan bersama program Jamuan Raya Yayasan Restu inisiatif YBhg Datuk Abdul Latif Mirasa selaku Lembaga Pengarah Yayasan Restu juga Mutiara.com Sdn. Bhd.



Satu perbincangan antara team dari Mutiara.com dan MSS dengan pihak Yayasan Restu yang diwakili oleh Encik Taufik telah diadakan pada 19 Oktober 2009 di Pejabat Yayasan Restu pada jam 2.00 petang. Ia berkisar mengenai kontrak penyelenggaraan PC dan network serta perbincangan mengenai setup WebTV untuk program yang akan berlangsung pada 20 Oktober 2009.



Sebelum perbincangan bermula, lepak sat..



Selesai mendapat kata putus dari perbincangan, Cik Zarina yang menjaga bahagian Lawatan dan Pameran telah membawa team ke Auditorium Utama untuk melihat keadaan di sana dan membincangkan bagaimana layout untuk projek WebTV.


ape agaknya yang dorang nie tengok yer? hmm..


sampai gitu sekali nak check connection..


tengah check router sebab connection tak stabil..


switch kat tingkat 1..



Oleh kerana connection di Auditorium Utama Yayasan Restu tidak berapa baik jika menggunakan AP yang sedia ada, maka team membuat keputusan untuk membuat direct cabling work untuk server WebTV supaya proses broadcast dapat dijalankan tanpa gangguan. Team datang semula pada sebelah malam membuat kerja lebih masa untuk cabling work.



sambil menunggu team MSS..
sekali tak datang lak..


puas syahdu call.. wani oh wani..



Walaupun team MSS tidak dapat hadir malam tu, kami meneruskan kerja cabling work supaya keesokkan harinya proses broadcast lebih stabil. Kami tarik cable ke Auditorium dan pasang satu AP di sana, hasilnya coverage agak baik dan memuaskan.


du, nak tampal ngan ape cable nie?


cik ani, tolong hulurkan stiker digicampus tu yer..


sonoknya wat cabling work kan..


tu dia.. inisiatif ad-hoc..


alamak cik ani, stiker dah abis la..


ha dah dapat cik ani..
lepas nie gi mintak kat gadis digi gi yer..


hidup memang ada stress, tapi kena cool beb..

Alkisahnya, pada hari kejadian, team MSS lewat sedikit kerana kesesakan lalulintas, dan testing untuk broadcast dapat dijalankan akhirnya dengan jayanya walau pun pada mulanya ada masalah setting. Broadcast telah berjaya dipaparkan menggunakan media player dan agak lancar prestasi broadcastnya.

Walau bagaimanapun, dalam testing period, hanya dapat broadcast WebTV dalam intranet saja, server untuk broadcast ke internet masih belum sedia tetapi ia perkembangan yang baik.

Gambar-gambar lain sebelum dan semasa boleh dilihat disini

Comments (7)

  1. paper pon ms wat keje waktu mlm memang happy sgt..tq la syahdu n halim..hehehennti ader ms kiter lepak lg kt pelaga n karok skali

  2. stiker tu takleh blah, sponsored by digicampus haha.. ape barang karo kalau malu2 huhu..

    p/s: kepada geng jahat, dapat masuk pic keta pun jadi la yer..

  3. selamat bertunang kepada yang akan bertunang bulan disember nie.. sape tu ek? haha..

  4. hehehe..kureng punye tokmoh..aku ckp jgn kecoh...adoi

  5. aku tak mention nama sape2 pun.. mana tau ada lebih dari sorang yang akan tunang bulan disember nie ha mane tau.. ops.. mana tau syahdu ke haa..

  6. hehehe..bgs2..syahdu selamat bertunang..heheh

  7. bukan syahdu la.. hasnol tu ha ahaks..

    p/s: sape2 pun la yang akan bertunang lepas nie, selamat bertunang la..

Post a Comment