Shuttlemania v2

Posted by Tok Ketua | Posted in


Gambar kat atas nie tak berkenaan pun, saje jer letak bcoz sharing is caring hehe..

Shuttlemania v1 telah selesai untuk bulan November yang lalu dengan jayanya, ramai staf MDCKL dan SMART turut serta merancakkan demam badminton disini, cuma Aziedy dan Zakwan dari MDCPNG dapat join sama kerana kebetulan dorang mengulat kat KL nie haha..

Shuttlemania v2 telah kembali dan telah diaturkan pada setiap hari selasa dalam bulan Disember dan telah bermula pada 1 Disember semalam tapi untuk minggu pertama v2 nie tak ramai lak turun, maybe sebab masa yang kurang sesuai iaitu dari jam 7.00 hingga 9.00 malam. Bos-bos MDCKL kan banyak komitmen, jadi untuk tidak balik dan terus main badminton adalah sangat mustahil, ada penumpang yang perlu diambil hehe.

Walau macam mana pun, untuk memberi support, turun la jam berapa pun, tak semestinya jam 7.00 tu dah terpacak. Semua pun faham, dan geng SMART sentiasa ada, dorang memang suka main jam 7.00 nie.

Sebenarnya semasa nak tempah dewan, hanya hari dan waktu itu sahaja yang ada, waktu lain dah awal-awal kena book sebab ada satu dewan dalam jajahan MPSJ yang sedang di renovate, so team-team yang selalu main disana terpaksa main di dewan yang lain, jadi, konsep FCFS la menentukan kepenggunaan dewan.

Jadi, untuk bulan Disember nie, team paling cap ayam 'fancy' dari MSS maybe tak dapat join sebab time main jam 9.00 malam pun dia datang jam 10.00 malam, kalau dengan waktu sekarang nie, alamak jam berapa dia nak sampai dari Bukit Beruntung tu hehe.. cuma sekiranya semangat badmintonnya kuat, akan diusahakan juga la kot.. kita tunggu.. kalau takde ijai, tak meriah suasana dewan badminton tu kan kengkawan hehe..

Marilah sama-sama kita meramaikan Dewan Taman Kinrara selasa depan ye kengkawan.

Comments (4)

  1. lorr..camtu ka..setiap selasa lak..yela2..kire semalam aku xdpt dtg..insyaAllah minggu dpn aku turun..hehe

  2. hihi.. syahdu memang sentiasa dinanti2 kemunculannya dengan kasut McD nya, tapi oh ya, syahdu dah beli kasut baru la :)

  3. dah kantoi...azd & zakwan ....

  4. hahaha.. mane de kantoi, main badminton kan malam, dorang lepas kerja bersungguh-sungguh disiang hari, dan selepas buat 'OT' di kedai kopi (sebelah pusat snooker) hahaha.. baru gi main..

    p/s: turun jangan tak turun.. minggu lepas hasnol jer datang.. tapi hasnol dah menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan..

Post a Comment