RMA? Ape tu ek? Roma Irama? Plet keta? Pasti kalau dengar orang akan tanya. Term ini digunakan oleh Allied Telesis Inc. (ATI) untuk mewakili waranty term kepada produk-produk daripada ATI.
Untuk pengetahuan, produk-produk daripada ATI mempunyai tempoh waranty selama setahun dan boleh disambung atau extend setahun lagi. Maka dalam masa tempoh waranty tersebut masih valid, sekiranya produk tersebut mengalami kerosakan atau device failure, dan pihak pembeli telah memeriksa apakah masalah atau kerosakan pada produk tersebut, pembeli boleh memulangkan semula produk itu kepada ATI dan ATI akan menggantikannya dengan yang baru.
Proses yang perlu dilaksanakan untuk memeriksa produk adalah mengikut prosedur biasa mengikut produk. Dalam kes ini, kami sedang melakukan pemeriksaan RMA untuk ADSL Router AR-256E.
FASA 1
- Memeriksa sama ada router boleh dihidupkan atau langsung tiada power.
- Lampu pada router akan menyala dan sekiranya lampu berwarna merah, ia bermakna router tersebut tiada power dan sekiranya lampu berwarna hijau, step seterusnya boleh dijalankan.
- Reset semula router dengan menekan button reset pada router, kebiasaannya juruteknik akan menggunakan paper clip. Tunggu sehingga semua lampu padam dan menyala semula.
- Router akan kembali kepada factory default setting, jadi ip default router adalah 192.168.1.1
- Pada laptop atau pc yang ingin digunakan untuk memeriksa RMA, perlu set kan ip kepada 192.168.1.2 supaya router dapat berkomunikasi dengan laptop atau pc.
- Buka command prompt dan jalankan command: ping 192.168.1.1 -t
- Cucuk UTP cable kepada setiap port dan sekiranya tiada respond time pada command ping, itu bermakna port tersebut rosak atau faulty. Lakukan pada semua port.
FASA 2
- Router dihidupkan seperti biasa dan kali ini tidak perlu reset.
- Cucuk line telefon yang digunakan untuk sambungan ke internet atau ADSL Line.
- Sekiranya lampu pada ADSL berkelip-kelip agak lama, bermakna router memang rosak kerana tidak dapat membuat connection ke internet.
- Sekiranya lampu pada ADSL menyala tapi berwarna merah juga dilabelkan rosak kerana hanya lampu berwarna hijau yang menunjukkan status connection internet adalah baik.
Begitulah antara step-step bagaimana untuk memeriksa status router untuk RMA. Untuk sesi ini, kami telah memeriksa lebih dari 700 unit router ADSL AR-256E. Selesai proses check 2 fasa tu, ape lagi, fasa penghantaran la. Kami telah membuat penghantaran ke ATI untuk unit-unit yang masih dalam waranty dan ke GITN (client) unit-unit yang expired waranty nya.
Pekerja Mutiara.com yang sangat berdedikasi
dalam proses penghantaran RMA
Penat woo.. Walau camne pun Syabbas beteh!!
penat gle angkt brg...hehehe