Macam-macam Oktober

Posted by Tok Ketua | Posted in


Tragedi Oktober, macam-macam aktiviti berlaku bulan oktober lalu. Antara shot-shot menarik untuk bulan oktober. Yang nie baru balik dari solat jumaat, naik estima encik Jamsari tu..


Yang nie lak nak gi solat jumaat, dorang pakai baju ATI, 3 stooges heh..
tapi nampak smart lak pakai baju tu ramai-ramai kan..


Jamuan raya pihak Engineering dan SMART kat tingkat 3
3 orang jer wakil Mutiara.com.. Rezeki jangan ditolak tul tak..


Happy jer syahdu nie, ada pape ke syahdu?
Kat belakang tu nampak BD tengah makan pun sibuk lagi..


Pasangan adik-beradik kedua Mutiara.com sedang bertungkus lumus menolak troli RMA return ke GITN.. Bagus la adik-beradik nie.. KPI naik nie..


Beginilah keadaan XTrail encik gaffor yang disumbatkan dengan PC baru yang nak dibawa ke Penang.. Tak jadi sumbat bila encik gaffor tengok.. haru haru.. kena masuk kat kereta aziedy sikit..


Zakwan sedang memperkenalkan bos baru HR, Encik Shahrir Nazim yang berasal dari Penang yang pertama kali menjenguk ofis KL. Selamat datang kami di MutiaraKL ucapkan. Agak-agak nak mintak pantry MutiaraKL penuh leh tak ek? hehe..


Dan, akhirnya. Picture of the month. Sape tu yer? haa.. trivia nie..
sape dapat teka, kita blanjer teh 'O' ais bayar sendirik.. hehe..

Birthday Pizza

Posted by Tok Ketua | Posted in



Allah selamatkan kamu ! Allah selamatkan kamu ! Allah selamatkan birthday boy Mutiara, Allah selamatkan kamu. Dah makin bertambah usia 2orang staf MutiaraKL nie, alhamdulillah, hubungan antara staf sentiasa mesra dan erat walaupun dua orang nie selalu takde kat ofis.



InsyaAllah untuk bulan-bulan seterusnya, pihak pengurusan (Aziedy janji) akan cuba untuk mengadakan acara sebegini lagi sekiranya ada kelapangan masa. Acara sebegini sekurang-kurangnya dapat menjadi medan untuk staf-staf berkumpul dan beramah mesra, mengeratkan silaturrahim serta menghilangkan tension semasa bekerja. Untuk acara kali nie, pizza dominos yang dapat dihidangkan kerana sedikit kekangan masa.



Ucapan yang berbahagia encik hamdi mengucapkan selamat kepada staf yang lahir pada bulan oktober juga kepada semua staf yang lain yang telah banyak berkorban untuk Mutiara.com. Diharapkan agar semua staf akan berusaha dengan lebih gigih dan bersemangat agar Mutiara.com akan lebih sukses dimasa hadapan.


Tukang blanjer, encik aziedy..
pas nie jangan segan nak blanjer lagi..


Aku ke yang kena nyanyi lagu selamat ari jadi?


Tak sabar-sabar nampaknya acap, lapa yer..


Sorang tu muka toyer jer pehal?


Ish ish ish.. tak pandang kiri kanan langsung..


Anak aku tak kuar lagi dah makan piza..


Malam tadi MU Liverpool sape menang ek?


Mengintai je keje dorang nie..


Alhamdulillah, kenyangnyer.. TQ azd :)

Kami sangat berterima kasih kepada pihak yang membelanjer pizza nie, lain kali kita pergi KL Tower lak ke yer encik aziedy. Kepada yang diraikan, semoga panjang umur dan terus murah rezeki. Banyak rezeki kerja Mutiara.com nie kan (mengharap bonus 3 bulan hehe).

WebTV Yayasan Restu

Posted by Tok Ketua | Posted in



WebTV? Cite pe dalam TV tu? box-office ada tak? Camne nak tengok ek? Ya WebTV, projek terbaru yang ingin dibangunkan oleh Yayasan Restu untuk ceramah dan program anjurannya yang diadakan di Auditorium Utama di Shah Alam.



Mutiara.com telah dipertanggungjawabkan untuk menata rangkaian untuk testing session projek WebTV oleh team MSS untuk Yayasan Restu. Ia telah diadakan pada 20 Oktober 2009 (Selasa) jam 11.00 pagi dan seterusnya dijalinkan bersama program Jamuan Raya Yayasan Restu inisiatif YBhg Datuk Abdul Latif Mirasa selaku Lembaga Pengarah Yayasan Restu juga Mutiara.com Sdn. Bhd.



Satu perbincangan antara team dari Mutiara.com dan MSS dengan pihak Yayasan Restu yang diwakili oleh Encik Taufik telah diadakan pada 19 Oktober 2009 di Pejabat Yayasan Restu pada jam 2.00 petang. Ia berkisar mengenai kontrak penyelenggaraan PC dan network serta perbincangan mengenai setup WebTV untuk program yang akan berlangsung pada 20 Oktober 2009.



Sebelum perbincangan bermula, lepak sat..



Selesai mendapat kata putus dari perbincangan, Cik Zarina yang menjaga bahagian Lawatan dan Pameran telah membawa team ke Auditorium Utama untuk melihat keadaan di sana dan membincangkan bagaimana layout untuk projek WebTV.


ape agaknya yang dorang nie tengok yer? hmm..


sampai gitu sekali nak check connection..


tengah check router sebab connection tak stabil..


switch kat tingkat 1..



Oleh kerana connection di Auditorium Utama Yayasan Restu tidak berapa baik jika menggunakan AP yang sedia ada, maka team membuat keputusan untuk membuat direct cabling work untuk server WebTV supaya proses broadcast dapat dijalankan tanpa gangguan. Team datang semula pada sebelah malam membuat kerja lebih masa untuk cabling work.



sambil menunggu team MSS..
sekali tak datang lak..


puas syahdu call.. wani oh wani..



Walaupun team MSS tidak dapat hadir malam tu, kami meneruskan kerja cabling work supaya keesokkan harinya proses broadcast lebih stabil. Kami tarik cable ke Auditorium dan pasang satu AP di sana, hasilnya coverage agak baik dan memuaskan.


du, nak tampal ngan ape cable nie?


cik ani, tolong hulurkan stiker digicampus tu yer..


sonoknya wat cabling work kan..


tu dia.. inisiatif ad-hoc..


alamak cik ani, stiker dah abis la..


ha dah dapat cik ani..
lepas nie gi mintak kat gadis digi gi yer..


hidup memang ada stress, tapi kena cool beb..

Alkisahnya, pada hari kejadian, team MSS lewat sedikit kerana kesesakan lalulintas, dan testing untuk broadcast dapat dijalankan akhirnya dengan jayanya walau pun pada mulanya ada masalah setting. Broadcast telah berjaya dipaparkan menggunakan media player dan agak lancar prestasi broadcastnya.

Walau bagaimanapun, dalam testing period, hanya dapat broadcast WebTV dalam intranet saja, server untuk broadcast ke internet masih belum sedia tetapi ia perkembangan yang baik.

Gambar-gambar lain sebelum dan semasa boleh dilihat disini

RMA

Posted by Tok Ketua | Posted in


RMA? Ape tu ek? Roma Irama? Plet keta? Pasti kalau dengar orang akan tanya. Term ini digunakan oleh Allied Telesis Inc. (ATI) untuk mewakili waranty term kepada produk-produk daripada ATI.

Untuk pengetahuan, produk-produk daripada ATI mempunyai tempoh waranty selama setahun dan boleh disambung atau extend setahun lagi. Maka dalam masa tempoh waranty tersebut masih valid, sekiranya produk tersebut mengalami kerosakan atau device failure, dan pihak pembeli telah memeriksa apakah masalah atau kerosakan pada produk tersebut, pembeli boleh memulangkan semula produk itu kepada ATI dan ATI akan menggantikannya dengan yang baru.



Proses yang perlu dilaksanakan untuk memeriksa produk adalah mengikut prosedur biasa mengikut produk. Dalam kes ini, kami sedang melakukan pemeriksaan RMA untuk ADSL Router AR-256E.

FASA 1
  • Memeriksa sama ada router boleh dihidupkan atau langsung tiada power.
  • Lampu pada router akan menyala dan sekiranya lampu berwarna merah, ia bermakna router tersebut tiada power dan sekiranya lampu berwarna hijau, step seterusnya boleh dijalankan.
  • Reset semula router dengan menekan button reset pada router, kebiasaannya juruteknik akan menggunakan paper clip. Tunggu sehingga semua lampu padam dan menyala semula.
  • Router akan kembali kepada factory default setting, jadi ip default router adalah 192.168.1.1
  • Pada laptop atau pc yang ingin digunakan untuk memeriksa RMA, perlu set kan ip kepada 192.168.1.2 supaya router dapat berkomunikasi dengan laptop atau pc.
  • Buka command prompt dan jalankan command: ping 192.168.1.1 -t
  • Cucuk UTP cable kepada setiap port dan sekiranya tiada respond time pada command ping, itu bermakna port tersebut rosak atau faulty. Lakukan pada semua port.



FASA 2
  • Router dihidupkan seperti biasa dan kali ini tidak perlu reset.
  • Cucuk line telefon yang digunakan untuk sambungan ke internet atau ADSL Line.
  • Sekiranya lampu pada ADSL berkelip-kelip agak lama, bermakna router memang rosak kerana tidak dapat membuat connection ke internet.
  • Sekiranya lampu pada ADSL menyala tapi berwarna merah juga dilabelkan rosak kerana hanya lampu berwarna hijau yang menunjukkan status connection internet adalah baik.


Begitulah antara step-step bagaimana untuk memeriksa status router untuk RMA. Untuk sesi ini, kami telah memeriksa lebih dari 700 unit router ADSL AR-256E. Selesai proses check 2 fasa tu, ape lagi, fasa penghantaran la. Kami telah membuat penghantaran ke ATI untuk unit-unit yang masih dalam waranty dan ke GITN (client) unit-unit yang expired waranty nya.


Pekerja Mutiara.com yang sangat berdedikasi
dalam proses penghantaran RMA

Penat woo.. Walau camne pun Syabbas beteh!!

Futsalrama !

Posted by Tok Ketua | Posted in


Gooolll !! Happy bila dapat golkan bola bila main futsal. Tapi kalau ada yang tak dapat nak score pun takpe, kita main sebagai satu pasukan. Ole MutiaraKL FC.

Perlawanan futsal persahabatan antara MutiaraKL FC dengan Felda FC cap ayam (kalah belanje teh 'O' ais) telah diadakan pada 13 Oktober 2009 di Sport Seven, Wangsa Maju jam 9.15 malam. Hanya 6 orang staf MutiaraKL turun padang,  makanya semua pun pancit sebab takde pemain gantian.


streching dasat.. pancit awal gak.. poyo habis..


geng jahat yang bergaya walau tak dapat score sebijik pun..


la la la.. dansing queen..
satu malaysia.. semangat membara..


tendangan hebat dari BDM
tetapi belum mampu untuk menghasilkan gol..


syahdu dengan selamber nyer menari-nari
berdansa lagu cha cha cha..


sape la hero MU tu yer..
erm kepancitan tahap dewa semua nie..


nie la geng Felda FC cap ayam.. control macho jer..



Sesungguhnya kami semua berpuas hati dengan perlawanan ini sebab walau pun pintu gol MutiaraKL banyak kali dibolosi, tetapi MutiaraKL masih boleh berbangga kerana telah menjaringkan gol pendahuluan dan mampu untuk berbalas gol walaupun bermain tanpa pemain gantian, 5 minit kuar masuk jer.. pancit wei..

Selesai game, kami mengeteh di NZ Curry House, sebelah Carrefour Wangsa Maju. Perlawanan seterusnya sedang diaturkan walaupun alignment kaki masing-masing masih tak betul lagi.

Penaja Utama:
| Excel sponsored by BDM

Penaja Bersama:
| Power Root saya pun nak jadi jutawan | Biskut Julie's dari pantry MutiaraKL

Gambar-gambar lain boleh dilihat disini