Majlis Berbuka Puasa

Posted by Tok Ketua | Posted in


Mutiara.Com telah dijemput untuk ke majlis berbuka puasa dengan dua supplier utama iaitu Allied Widuri  pada 3 September 2009 dan Ariantec pada 4 September 2009. Majlis berbuka puasa bersama ATI telah diadakan di Main Ballroom, Saujana Hotel, KL dan majlis bersama Ariantec diadakan di Mandarin Oriental, KL.

MAJLIS BERBUKA BERSAMA ATI
3 Sept 2009 | Main Ballroom, Saujana Hotel, KL



"Nak duduk mane nie syahdu, perut dah lapar nie.."


Walau lapar, muka maintain macho menunggu waktu berbuka


Haa tu dia, masuk jer waktu, tak tengok orang sebelah dah..


Sedapnyer kueh apom nie, kat penang takde nie,
tak rugi datang buka puasa kat KL nie..

ANTARA GENG GITN YANG HADIR


Geng GITN Tingkat 31, Menara TM


Geng GITN NOC, Cyberjaya. Dorang nie takleh berpisah,
mesti duduk satu meja

Beberapa keping gambar semasa majlis berbuka bersama ATI boleh dilihat di sini.
Gambar ikhsan dari ATI boleh dilihat disini pula.


MAJLIS BERBUKA BERSAMA ARIANTEC
4 Sept 2009 | Mandarin Oriental, KL



Kami duduk dimeja No. 6


BD dan Sales Channel Manager duduk sebelah-sebelah untuk membincangkan perihal bisnes,
tiada kena mengena sama ada yang masih hidup atau yang telah tiada


Syahdu kita serius menjamu selera disamping En. Gaffor, COO Mutiara.Com


Selesai menjamu selera, berkongsi cerita masa kanak-kanak tapi muka serius lak..


Hidangan pencuci mulut sebelum berangkat pulang..

Kami di Mutiara.Com sangat berbesar hati diatas jemputan berbuka puasa ini dan semoga perhubungan ini akan sentiasa kekal harmoni seperti mana syumulnyer bulan Ramadhan yang mulia ini. Sama-samalah kita bermuhasabah diri, apakah puasa kita diterima, amalan kita ada cacat celanya ke tidak, cukup kah zikir kita sepanjang bulan yang mulia ini. Sama-samalah kita renungkan dan selamat beramal.

Comments (4)

  1. Khalim..mintak buang gamba aku tue...bahaya siot.bole mendatangkan fitnah tue...

  2. awat muka bos & exec penang ada kat kl?? HR/Finance tak dak pun........
    tak boleh jadikkk !!!

  3. hang nie syu....asal pompuan je nak p menempek... isk..isk..isk...

  4. bukan menempek, sales ngan biz kan sama bidang, kena la saling berbincang haha..

    HR penang, kena jaga anak.. haha..
    mai la datang KL, leh isi pantry kitorang yang dah kosong tu haha..

Post a Comment