Cyberview Technopreneur

Posted by Tok Ketua | Posted in



Mutiara.Com telah membuat site visit ke Cyberview SME Technopreneur Office untuk melihat ruangan pejabat yang Mutiara.Com ingin sewa untuk mendapatkan status MSC. Kami telah pergi bersama dengan beberapa staf SMART iaitu Hj. Zul dan dari Finance Department pada 27 Oktober jam 3.00 petang.



Keluasan ruangan pejabat tersebut lebih kurang 800 kaki persegi. Antara kemudahan yang terdapat di area tersebut termasuklah perpustakaan mini, Gimnasium, kemudahan internet (hanya di cafe) dan perkhidmatan fotokopi. Kelengkapan pejabat tersebut perlu disediakan oleh penyewa sendiri termasuk aircond dan cabling.


mari bersama-sama melihat kawasan..


ya.. sewa untuk pejabat tersebut.. RM2020..


eh camne mamat sorang nie ada kat sini lak nie..


intai orang sebelah..


bersama wakil Cyberview Sdn. Bhd.

Lawatan yang singkat tapi sangat baik. Terima kasih kepada pihak Cyberview Sdn. Bhd. yang terpaksa melayan kerenah kami semasa membuat lawatan. Lain kali leh banjer minum ek..

Shuttlemania !

Posted by Tok Ketua | Posted in


 
Perlawanan pertama Shuttlemania antara MutiaraKL dan SMART


dengan bersahaja membuat servis.. ada gaya tak?


gaya jer lebih.. pukul tak kena gak..


photo of the day la nie.. memang poyo..


servis cap kuda ke tu en syu?


dengan kasut McD pun leh smash la..


lajunya servis, tak nampak shuttle..


game point ke?


sape lee kong wei ek? tak famous kot..

Pemberitahuan !

Perlawanan Badminton Sehati Bershuttle dengan geng opis sebelah, SMART akan dianjurkan. Bersiap sedialah sape-sape yang rasa dorang tu jaguh badminton, kampung pun takpe untuk meningkatkan tahap stamina anda.
Bila? - Setiap Rabu (4/11 | 11/11 | 18/11 | 25/11)
Kat mane? - Dewan Serbaguna Taman Kinrara
                   (
Belakang Shell)
Pukul berapa? - 8.45 - 11.00 malam
Jadi, setkan schedule anda dan sediakan 'senjata' anda,
mari kita buktikan sape jaguh sebenar.

Peta ke sana !

Penaja Utama: Karipap panas cafe SMART
Minuman Rasmi: Air Mineral dari sistem air MDCKL

Ofis Mutiara.Com 2020

Posted by Tok Ketua | Posted in


Ingin terasa seperti dirumah walaupun sedang bekerja? Suasana kerja yang amat memberangsangkan dan sentiasa relax. Adakah begini rupa ofis Mutiara.Com pada masa akan datang? Mesti kita teringin nak berada  dalam ofis yang macam nie kan.


Camne agak-agaknya kalau meeting sambil baring-baring camnie kan..
Banyak tak idea leh kuar?


Call client pun best kalau camnie..


Terasa bagai di spa gamaknya.. kalau lah..


Tengoklah LCD skrin dorang, nak melintang, nak menegak..


Geng penang suka nie hehe..


Penat balik dari buat delivery, layan membuta jap..


Macam Old Town lak haha.. Expresso satu..


Makan pun free, ish mana nak dapat camnie..


Senang sket nak turun gi makan kat cafe bawah camnie,
takyah turun tangga..

Walau camne pun kita hanya mampu untuk melihat dan mengimpikan keadaan ini akan berlaku di Mutiara.Com kan, sekurangnya angan-angan nak berada dalam suasana santai begini tetap ada haha..

Nak tau bape gaji dorang? eh dorang nie sape? yeah.. nie la suasana ofis HQ Google.

Gaji dorang USD 356,400.61 (RM 1,204,099) setahun.
Agak-agak ada kosong tak? hehe..